Showing posts with label Salihin Konvoi Kesihatan PKD Petaling Pangkor. Show all posts

9:58 PM

(2) Comments

Konvoi "Kesihatan" ke Pangkor

Aktiviti pelancongan bermotor sering mendapat sambutan dikalangan peminat motosikal negara. Kegiatan seperti ini sering diadakan oleh kelab dan kumpulan bermotor. Baru baru ini satu lagi konvoi pelancongan yang menarik telah diadakan menggabungkan kelab Aedes Kuala Lumpur dan Kelab Yamaha LC135, dengan sokongan dan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. Konvoi sebanyak lebih 40 motosikal ini telah bertolak dari Bazaria Sri Petaling setelah upacara pelepasan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia W.Persekutuan, pada jam 11 malam 27Mar08 lepas.Perjalanan melalui Jalan Duta dan memasuki jalan persisiran Sg. Buloh ke Ijok, Tanjong Karang, Sekinchan, Sg. Besar, Sabak, Hutan Melintang, Setiawan dan terus ke Lumut, Perak. Konvoi tiba pada di Lumut pada jam 4:00 pagi. Ruang masa yang ada digunakan untuk berehat, sementara menunggu feri dan tongkang Kargo yang akan kami naiki pada jam 7:00 pagi. Setelah menaikkan motosikal dan 2 buah van PKD Petaling, peserta konvoi menaiki feri sewa khas untuk pelayaran ke Pulau Pangkor selama 30 minit. Setelah mendaftar masuk bilik, acara adalah bebas sehingga jam 3 petang, sebelum memulakan acara snorkelling di Pulau Giam sehingga jam 7 petang. Selepas makan malam, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telahmengadakan kursus asas bantuan kecemasan pernafasan dan jantung ‘CPR’ dan juga ceramah mengenai HIV/AIDS. Selesai acara, kami mengikuti konvoi lawatan ke peninggalan Kota Belanda dan bersiar disekeliling Pulau Pangkor. Aktiviti Sukaneka esok paginya telah di mulakan dengan pertandingan berkayak dari Pulau Pangkor ke Pulau Mentanggor. Pertandingan “Real Situation CPR” juga telah di jalankan, di mana peserta perlu menunggang motosikal dari garis mula ke lokasi kemalangan, untuk memberikan bantuan CPR kepada "mangsa" kemalangan. Pelbagai pertandingan lain seperti tarik tali, dan pelbagai acara pantai juga telah di jalankan sehingga jam 4:00 petang. Acara sebelah malam telah disambung dengan pertandingan karaoke sebelum upacara penyampaian hadiah bagi semua acara yang telah diadakan sepanjang konvoi ini. Terima kasih kepada semua penaja seperti PKD Petaling, UMNO Sri Petaling dan Playlife yang telah bermurah hati menyumbangkan hadiah. Mendaftar keluar dari chalet penginapan pada jam 10:00 pagi keesokan harinya, kesemua peserta menuju ke pekan Pangkor untuk membeli ole-ole sebelum berpecah kepada 2 kumpulan untuk mengedarkan risalah kesihatan yang di bekalkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. Kawasan tertumpu di jeti Sungai Pinang Kecil dan Jeti Pangkor. Pada jam 11:00 pagi kedua-dua kumpulan berkumpul semula di jeti kargo untuk menaiki kargo dan feri. Perjalanan kami ke Lumut juga melalui pengkalan Tentera Laut, di mana kami berpeluang menyaksikan kapal kapal TLDM yang kebetulan berkumpul di Lumut untuk upacara persaraan Panglima Tentera Laut. Kami tiba di jeti Lumut dan berkumpul di hadapan Terminal feri Lumut untuk pengedaran risalah Kesihatan dan makan tengahari. Hujan mula turun telah melewatkan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Konvoi bertolak pulang pada jam 2:00 petang keadaan cuaca hujan di sepanjang perjalanan dan perjalanan agak perlahan kerana pembaik-pulihan jalan yang sedang di jalankan sebelum tiba di Klinik Kesihatan Daerah Petaling pada jam 9:00 malam sebelum bersurai di sini. Acara konvoi ini sememangnya merupakan pengalaman yang unik kerana dapat membawa motosikal menyeberang ke Pulau Pangkor disamping mempelajari teknik bantuan kecemasan dan CPR. Perjalanan jauh dan mencabar nyata bukan merupakan penghalang, malah telah meningkatkan lagi pengalaman peserta dalam berkonvoi secara selamat dan berdisiplin. Sekalung terima kasih juga kepada PKD Petaling atas sokongan mereka yang tidak terhingga, dan Syabas kepada semua peserta yang telah berjaya mengharungi cabaran ini.

9:58 PM

(0) Comments