Blog Archive
Recommended
Labels
- 125 (1)
- 125z (1)
- 135LC (1)
- 155cc (1)
- 2009 MotoGP Provisional Entry List (2)
- 2009 Petronas Cub Prix (2)
- 250. kymco (1)
- 400ie (1)
- Adventur Riders' Malaysia (1)
- AF7 (1)
- AF7 Finale (1)
- Airbag Hovdig (1)
- Akademi Fantasia 7 (1)
- Aprilia JuniorGP (2)
- Aprilia Malaysia (1)
- Aprilia Shiver (3)
- Aril AF7 (1)
- army motorcycle (1)
- ARRC (3)
- Asia Dream Cup (1)
- Asia Road Racing Championship (3)
- assault motorcycle (1)
- Australia (1)
- Australian Superbike Championship (1)
- Auto Bavaria (2)
- beg udara kepala (1)
- Beg udara pinggul (1)
- benelli malaysia (1)
- BhP (1)
- BHPetrol (1)
- BHPetromart (1)
- BMW F800GS Funduro (2)
- BMW HP2 (2)
- BMW HP4 (2)
- BMW K 1600 GTL (1)
- BMW K1200GT (2)
- BMW K1300R (2)
- BMW K1300S (2)
- Bobber (1)
- Bosch ABS (1)
- Bosch MSC (1)
- Brembo (2)
- burriram (1)
- ByBre (1)
- Castrol Activ (1)
- Castrol EDGE (1)
- Castrol Power 1 (1)
- CFMoto 650NK (1)
- Charley Boorman Malaysia (1)
- chopper (1)
- Citric (1)
- CKD Thailand (1)
- Claudia AF7 (1)
- cruiser (2)
- Cubpix Rd 3 K.Trengganu (1)
- Cubprix Kluang (1)
- Daiichi (1)
- Dato' Jamaluddin Khalid SAM (2)
- decha kraisart (1)
- Dorsoduro (2)
- Downtown. 250i. EMOS (1)
- dua lejang (1)
- ducati (2)
- DUCATI 1198 (1)
- Ducati Desmosedici (1)
- Ducati Monster (1)
- Ducati Monster 795 ABS (1)
- easy riders (1)
- electric bike (1)
- elegan (1)
- enjin sangkut (1)
- f-pace (1)
- Fast Furious 4 (1)
- first look RC390 (1)
- Freedom Riders Asia (1)
- FZ16 (1)
- Gangguan bekalan air Syabas water supply disruption (1)
- grab (1)
- grabcar (1)
- grabhitch (1)
- Grand Prix Commercialbank Qatar (1)
- Grand Prix de France (1)
- GS150R (1)
- GT 128 Modenas Greece Iran motorcycle (1)
- H-D Street 750 Malaysia (1)
- H2R (2)
- Hafiz AF7 (1)
- harga (1)
- harga Ohlins (1)
- harga RC390 (1)
- Harga RM (2)
- Harley Davidson 750 (1)
- Hayate Racing (1)
- HD Stree 750 Malaysia (1)
- HD750 harga RM (1)
- HD750 price RM (1)
- hip air bag (1)
- hly marine (1)
- HLYM (3)
- Honda RC213V MotoGP 2015 (1)
- Honda Civic 2.0A Modulo (1)
- Honda icon AT new bike (1)
- Honda NC700S (1)
- Honda NC700X (1)
- hong keong (1)
- Hong Leong Yamaha (1)
- Hong Leong Yamaha Motor (2)
- Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd (1)
- HRC (1)
- HYLM (1)
- Hyundai i10 (1)
- ISR (1)
- Isuzu D-max and Mercedes Driving Experience (1)
- Isuzu D-Max Dakar (1)
- jaguar (1)
- Kalendar MotoGP 2009 (2)
- karisma (1)
- Kawasaki (2)
- Kawasaki ER-6n convoy Port Dickson (1)
- Kawasaki H2 (2)
- Kawasaki J300 (1)
- Kawasaki Malaysia (3)
- Kawasaki Ninja 1000 2014 (1)
- Kawasaki tourers Voyager 1700 Voyager 1200 KZ1000P (1)
- Kawasaki VNII (1)
- KAWASAKI VULCAN S 2015 (3)
- Kawasaki ZX 636 (1)
- Kawasaki ZX10R 2016 (1)
- Kejohanan Superbike Australia (1)
- Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2015 (1)
- Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (1)
- Kevin Ash (1)
- KL Bike Week 2014 (1)
- KLR 650 (2)
- KLX150L (1)
- KMMSB (8)
- ktk (1)
- KTM 1190 Adventure (1)
- KTM CKD (1)
- KTM RC390 (1)
- Kymco (1)
- ladies (1)
- ladybikers (1)
- leoncino 500 (1)
- LINE App (1)
- lorenzo (3)
- Lorenzo. Jorge (1)
- Magura (1)
- Malaysia (2)
- Malaysian Grand Prix (2)
- Marquez (1)
- MAS Charter (1)
- master cylinder (1)
- Master of Torque (2)
- Mazda RX-8 (2)
- Melandri (1)
- mforce bike holdings (1)
- mid-range motorcycle (2)
- Modenas (3)
- Modenas GM (1)
- Modenas Yuzy Pachi Racing Team (1)
- motocross (1)
- MotoGP (1)
- MotoGP BM (2)
- MotoGP malay (2)
- MotoGP Malaysian Wildcard (1)
- MotoGP melayu (2)
- motorcycle brakes (1)
- Motorcycling Australia (1)
- motorev (2)
- Motorsports Media Conference (1)
- motosikal elektrik (1)
- motosikal tentera (1)
- MT-07 harga rm (1)
- MT-07 Malaysia (1)
- MT-07 price rm (1)
- MT-09 (1)
- MT-09 CKD (1)
- MT-09 harga RM (1)
- MT-09 Price RM (1)
- myteksi (1)
- NATO (1)
- Naza Primera (2)
- new bike (1)
- New Suzuki R150 (1)
- Ninja (2)
- Ninja 250 (2)
- Ninja ZX-6R 2009 (2)
- nmax (1)
- Nuovo LC (2)
- Öhlins (1)
- One Fuel (1)
- One Make Race (1)
- outboard motor (1)
- Pahang 4x4 Challenge 2009 (1)
- Pedrosa (1)
- Perlumbaan Kategori Satu Pengeluar (1)
- Petronas AAM Malaysian Cub Prix (1)
- Petronas Cubprix 2009 Pusingan 6 Litar Sepang Selatan (1)
- Petronas CubPrix Melaka (1)
- Piaggio (1)
- Raptor (1)
- Regal Royal (1)
- retro (1)
- Rossi Lorenzo MotoGP Sepang (1)
- salihin (3)
- salihin abd rahim (1)
- Salihin Bet and Win 150cc (2)
- Salihin Cagiva Raptor 125 (2)
- Salihin Kawasaki ER6n (4)
- Salihin Kawasaki GTR 1400 (2)
- Salihin Kawasaki Z1000 (2)
- Salihin Konvoi Kesihatan PKD Petaling Pangkor (2)
- Salihin Modenas Kriss 120 (2)
- Salihin Momos Forza 135 (2)
- Salihin Momos Pantera CX 135 (2)
- Salihin Naza Flash 125BMW R1200GS Mito 125 (2)
- scrambler (1)
- selinder utama (1)
- Sepang International Circuit (SIC) (2)
- Sepang Test (1)
- Shell Advance (1)
- Shiver CKD (1)
- Shiver harga RM (1)
- Shiver Malaysia (1)
- Shiver price RM (1)
- skuter (1)
- Sophan Sophian Sophiaan kemalangan rahmatullah (2)
- Spark (1)
- special forces (1)
- Sportcity (2)
- stoner (2)
- supercharged (2)
- supercharger (2)
- suv (1)
- Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd (1)
- Suzuki Belang R150 (1)
- Suzuki Malaysia (1)
- Suzuki Smash Fi (1)
- tahfiz. konvoi (1)
- Tan Sri S. M. Nasimuddin (2)
- Tasik Chini (1)
- tunggang uji RC390 (1)
- two stroke (1)
- Ulu Yam MX (1)
- Unit Tindakan Khas (1)
- Universiti Teknologi PETRONAS BMW Sauber F1 Team drivers Nick Heidfeld Robert Kubica (1)
- UTK (1)
- Vespa 150 Piaggio MP3 Gilera Fuoco (2)
- Vespa LT 150 3V IE (1)
- Vespa Malaysia (1)
- VN250V (1)
- Volvo XC90 D5 (2)
- Vulcan 250 (1)
- Vulcan 250V (1)
- Vulcan 650 (2)
- WP Suspensions (1)
- WSBK (1)
- X-Evo (1)
- YA 110001 (1)
- Yamaha (5)
- Yamaha 2009 R1 crossplane (2)
- yamaha motor company (1)
- Yamaha MT-07 (1)
- Yamaha MT-09 (1)
- Yamaha R25 (1)
- Yamaha XJ6 (1)
- Yong Boon Chai (1)
- YZF M1 (1)
- YZF R15 (1)
- Z125 Pro (1)
- zaqhwan zaidi (1)
- zulfahmi khairuddin (1)
- αυτοκίνητο ποδήλατο (1)
- μοτοσυκλέτα (1)
5:44 AM
Modenas CTric untuk tentera?
Motorev Schulleiter
army motorcycle, assault motorcycle, Citric, electric bike, Modenas, motosikal elektrik, motosikal tentera, special forces, Unit Tindakan Khas, UTK
Motosikal telah digunakan oleh pihak tentera sejak ianya wujud lagi, dan tidak dinafikan bahawa ia merupakan satu aset yang penting bagi pergerakan pantas di medan perang. Pihak tentera telah menggunakan motosikal untuk beberapa tujuan khas, untuk operasi bebas, kemudahan angkut mengangkut motosikal dan juga kelebihan taktikal.
Namun begitu, kebimbangan mengenai penggunaan jentera ini seringkali bukanlah berkaitan dengan pelaksanaan atau cara menggunakannya, tetapi lebih menjurus kepada faktor keselamatan personel, kerana memang diakui kadar kemalangan motosikal adalah sentiasa lebih tinggi daripada kenderaan empat roda. Namun begitu, kerapkali ianya disebabkan oleh faktor manusia dan bukanya jentera.
Selain dikuasai petrol, konsep motosikal diesel bukanlah sesuatu yang baru, dan walaupun abad ini kaya dengan inovasi motosikal, hanya segelintir motosikal diesel telah wujud. Seperti yang kita tahu, teknologi diesel telah melangkah jauh sejak kebelakangan ini dan kini enjin disel menjanjikan kebangkitan, dengan kos pengeluaran yang rendah, output kuasa yang baik dan penggunaan bahanapi yang rendah. Ianya juga lebih mesra alam berbanding enjin petrol.
Pihak tentera di luar negara telah mendorong pengeluaran moden motosikal diesel pertama di dunia. Royal Enfield - jenama yang pernah menghasilkan motosikal diesel sebelum dan selepas langkah dari Britain ke India, dengan memasukkan enjin diesel ke dalam bingkai Enfield.
Selain itu, Dnepr Rusia, masih ditawarkan dengan enjin HATZ-Diesel, dan terdapat sekumpulan kecil peminat motosikal diesel masih bersemangat mengeluarkan motosikal mereka sendiri menggunakan enjin diesel pelbagai jenis.
Terdapat juga motosikal diesel di Jerman, yang telah menghasilkan prototaip motosikal mengagumkan seperti Kawasaki berenjin Peugeot. Jika anda berminat dengan motosikal diesel dan perkembangan diesel dua roda, lihat laman web DieselMotorcycles. Walapun rakyat Malaysia dikenali dengan sikap inovatif mereka, kekangan undang undang mungkin telah mebantutkan keativiti pembangunan motosikal disel di negara ini.
Ketika ini hanya beberapa jenis motosikal diesel moden yang dikeluarkan, seperti jentera berasaskan KLR650 Kawasaki yang dibuat semula dengan enjin diesel untuk tujuan ketenteraan sebagaiusaha untuk memenuhi keperluan NATO baru untuk satu jenis bahan api medan perang, iaitu diesel. Satu pesanan permulaan untuk 522 motosikal diesel telah dibuat oleh Tentera Marin Amerika Syarikat dan minat yang sama juga telah ditunjukkan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat , Kementerian Pertahanan UK dan kuasa-kuasa NATO lain.
Satu perkongsian teknologi unik antara Universiti Cranfield dan Hayes Diversified Technologies (HDT) yang berpangkalan di California telah dibuat untuk mencipta sebuah motosikal dengan unit kuasa diesel. Cabarannya ialah untuk tampil dengan reka bentuk yang cukup ringan dan kuat, dan dengan kelajuan enjin (RPM) berkisar cukup lebar untuk memberikan tahap prestasi yang dikehendaki untuk digunakan sebagai kenderaan taktikal.
Motosikal itu juga perlu memenuhi syarat-syarat yang ketat NATO untuk semua angkatan tentera bagi mengendalikan keseluruhan inventori dan peralatan berkuasa sama ada bahan api diesel atau minyak tanah gred penerbangan (aviation fuel).
Keupayaan ini akan memberikan kelebihan logistik utama dalam menghindarkan keperluan untuk membawa pelbagai jenis bahanapi ke medan perang. Dan tahap kemudahbakaran yang lebih rendah, berbanding dengan petrol, ia juga akan mengurangkan bahaya kebakaran.
Motosikal ini dikuasai enjin 584cc sejukan cecair DOHC dengan empat injap setiap silinder. Bekalan bahan api diesel adalah melalui unit Suntikan Bahan Api khas dan penyuntik tunggal yang dibangunkan khusus. Motosikal pertempuran berasaskan Kawasaki ini menghasilkan 28 bhp pada 5500 rpm dengan penghantaran kuasa rata dari 1500 dan 7000 rpm.
Tidak seperti enjin petrol, enjin disel ini mempunyai kesesuaian bahan api pelbagai dan boleh menggunakan diesel komersial, Bahan Api Diesel NATO spesifikasi Tentera, Bio-Diesel (B20 atau B100), Minyak Tanah Gred Penerbangan termasuk JP4, JP5, JP8, dan AVTR dan juga Minyak Tanah lama.
Motosikal ini juga pada satu ketika telah mencatatkan rekod kelajuan di dunia bagi motosikal yang didorong diesel sewaktu ujian di Bonneville Salt Flats, Utah, dengan catatan 85.466bsj. Malah ada kemungkinan bahawa motosikal ini boleh dibuat untuk pasaran pengguna. Walaupun harga motosikal ini dijangkakan kira-kira 20-30% lebih mahal daripada sebuah motosikal konvensional, motosikal diesel boleh mmencapai 110 batu se gelen - iaitu lebih kurang dua kali ganda jarak motosikal konvensional.
Satu lagi model motosikal disel merupakan Track T800CDI dari Evaproducts. Pada masa kini ia adalah motosikal disel pengeluaran yang paling maju dibina. Trek T800CDI adalah motosikal gaya kembara baru dari pengilang Evaproducts Belanda menggunakan enjin 800cc tiga silinder turbo dari kereta Smart, dengan transmisi CVT dan aci pemacu untuk menjaga enjin pada tork puncak.
Enjin nya mampu mengeluarkan 45 hp dan 78 lb-kaki tork, danT800CDI mampu mengharungi 140 mpg untuk penunggangan umum - dua kali lebih ekonomik dari motosikal petrol kapasiti besar yang paling menjimatkan.
Casis nya direka untuk bersaing secara langsung dengan KTM 990 Adventure dan BMW R1200GS, dengan sistem gantungan WP, brek Brembo dan bingkai trelis moden. Pilihan tambahan termasuk sistem pemacu hidraulik roda hadapan yang menjadikannya motosikal pacuan dua roda , bagasi aluminium , dan peranti perjalanan padang pasir untuk pengembara tunggal. 250 unit motosikal pertama adalah dalam pengeluaran sekarang, dan kita harus mengakui kemampuannya sebagai motosikal tentera yang hampir sempurna.
Tetapi motosikal ini masih terlalu bising untuk operasi rahsia. Satu lagi pilihan yang lebih menarik perhatian pihak tentera masa kini adalah motosikal berkuasa elektrik. Kumpulan operasi khas telah mengiktiraf kelebihan motosikal dalam pertempuran.
Malah, Pemerintah Operasi Khas Amerika Syarikat (SOCOM) mahu sebuah motosikal yang seolah halimunan, yang boleh melompat keluar dari helikopter, bergerak dengan pantas dan senyap, bagi membolehkan pasukan serangan untuk mempunyai unsur serangan mengejut. Mereka mahu sebuah mesin yang lasak yang boleh dikendalikan dengan pasti dalam keadaan lapangan yang mencabar, hidup dengan serta-merta walaupun pada suhu yang melampau.
Mereka telah memilih Zero Motorcycles untuk mencadangkan motosikal berkuasa elektrik, disesuaikan untuk spesifikasi mereka. Motosikal elektrik yang berkuasa ini menawarkan kelebihan yang unik untuk kegunaan ketenteraan. Tanpa gear dan cecair, motosikal elektrik juga mempunyai kadar kehausan yang rendah kerana kurangnya bahagian bergerak, dan adalah hampir bebas penyelenggaraan, membuatkannya sangat dipercayai dan boleharap.

MMX Zero menggunakan enjin elektrik Z-Force yang memacu roda secara langsung dan juga menggunakan motor sejukan udara. Memandangkan tiada kerumitan sistem hantaran, dan tiada cecair atau bahanapi, MMX Zero adalah mudah untuk diangkut dan disimpan. Kuasa tambahan disediakan oleh pek kuasa bolehtukar dengan cepat.
Malah, Zero MMX ini juga telah digunakan oleh LAPD iaitu Polis Los Angeles, Amerika Syarikat untuk tugas tugas khas mereka.
Motosikal elektrik Modenas
Dalam pada itu juga kita menyedari kewujudan motosikal elektrik pertama Malaysia iaitu Modenas CTric.
Gabungan sebuah motosikal cubcross dan berenjin elektrik akan menghasilkan satu kombinasi yang amat bersesuaian dengan keperluan sebuah motosikal taktikal yang tangkas, pantas, mudahkendali, senyap dan mudah diangkut serta disimpan.
Dengan kemampuan yang ada pada Modenas, tentunya tidak terlalu sukar untuk membangunkan sebuah motosikal elektrik kegunaan ketenteraan atau operasi khas polis seperti yang digunakan di negara luar. Kebanyakan operasi khas terutama sekali di dalam bandar (urban) memerlukan faktor kepantasan dan kesenyapan: dua faktor yang merupakan kelebihan utama motosikal berkuasa elektrik. Operasi khas urban sebegini juga seringkali untuk jarak dekat dan sederhana, jadi kemampuan capaian jarak bukanlah satu masalah bagi pemacu elektrik CTric kini yang mampu mencapai sehingga 80km jika ditunggang laju. Potensi pembangunan jentera sebegini pernah disuarakan penulis kepada pihak Modenas, yang berpayung di bawah DRB-Hicom, yang turut memiliki syarikat berasaskan pertahanan iaitu Deftech. Oleh itu kerjasama di antara kedua dua syarikat adik-beradik ini tentunya mampu membuahkan satu ciptaan praktikal yang berpotensi menjana permintaan dunia. Berbanding dengan motosikal elektrik luar negara, cubcross berkuasa elektrik adalah lebih kecil dan tangkas, serta lebih mudah untuk diangkut ke mana mana, malah mampu dipikul di bahu seorang operatif tugas khas jika dalam keadaan mendesak, tidak seperti motosikal elektrik tentera luar negara yang jauh lebih besar. Mungkin model ini mampu mencetus nama bagi pembuat motosikal Malaysia tersebut.
0 Responses to "Modenas CTric untuk tentera?"
Post a Comment